Want your
own Fotopage?






 
Faisal's FotoPage

By: faisal basir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-May-2008 03:28 Email | Share | | Bookmark
Disneyland Hong Kong

 
 
 
View all 18 photos...
Kami check-out Metropark Hotel pagi tu dan terus naik teksi ke Disneyland. Check-in di Disneland Hollywood Hotel dan terus naik shuttle bas ke Disneyland. Pagi tu hujan agak lebat, Ayah risaukan Irsyad dan Irdina takut demam. Sampai di taman tema tu, kami beli payung dan baju hujan, selepas tu hujan sikit pun tak turun dan cuaca agak mendung sepanjang hari di situ.

Memang tempat ini sangat istimewa pada Ayah, rasa macam nak menangis pun ada bila sampai di sini dengan memori yang sangat indah. Irdina dan Irfan sangat enjoy bila berada di sini.

Kami di sini sampai hari gelap cuma tak sempat untuk melihat pertunjukan bunga api kerana tidak mahu bersesak menaiki bas balik ke hotel. Hotelnya juga sungguh istimewa sebab semuanya bercirikan Disney.

Memang pengalaman ini tak dapat Ayah lupakan sampai bila-bila. Pagi berikutnya sebelum ke airport kami merancang nak pergi sekali lagi, tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan, hujan lebat juga pagi itu.


Care to comment?


Tuesday, 27-May-2008 03:01 Email | Share | | Bookmark
Sightseeing - Kowloon/Tsim Sha Tsui, Hong Kong

permandangan
 
 
View all 9 photos...
Selepas penat berjalan di Ocean Park, the next day kami sightseeing sahaja di Kowloon. Dari Metropark Hotel, ada shuttle terus ke New World Centre, tempat shopping complex di tepi laut. Cantik juga permandangan di situ dan kami seterusnya menaiki Star Ferry dari Tsim Sha Tsui - Wan Chai - Tsim Sha Tsui. Saja nak merasa this icon of Hong Kong. Selepas tu kami ke Harbour City, the largest shopping centre in Hong Kong. Di sini ada Toy r Us dan banyak juga kedai pakaian untuk kanak-kanak.

Selepas tu kami menaiki teksi terus ke Kowloon Park. Kami solat Zuhur dan Asar di Masjid Jamek, Kowloon dan seterusnya ditunjukkan oleh seorang gadis Indonesia di masjid tersebut sebuah restoran makanan Islam. Seronok semua sebab dapat makan nasi beriani.

Selesai makan kami menaiki teksi lagi ke Ladies Market. Tempat ini ala-ala macam Petaling Street, kena bargain macam nak gila, tapi memang murah. Hari pun dah malam kami terus balik hotel selepas penat berjalan selepas itu.

Care to comment?


Monday, 26-May-2008 09:00 Email | Share | | Bookmark
Ocean Park-Hong Kong

 
 
 
View all 10 photos...
Kami dari KL ke HK pada 25/5/2008 flight pukul 6.45 petang. Dari airport ke hotel menaiki hotel shuttle and check-in dah about 12 midnight. The very next day board a taxi to Ocean Park. Tapi kesian kat umi sebab rupanya nak cover the whole theme park kena naik cable car...Umi tak berapa berani nak naik...hehehehheh

Yang enjoy lebihnya cuma Ayah dengan Irfan. Kesian Umi kena jaga kerenah Irdina and Irsyad. Tempat ini pun agak OK juga dengan pengalaman yang best. Aquarium dua juga sangat besar dan tak boleh lupa bila lihat stingray seakan-akan melambai-lambai di atas permukaan air.

Care to comment?


Saturday, 17-May-2008 04:25 Email | Share | | Bookmark
Izzuddin Khatam Al-Quran

 
 
 
View all 6 photos...
Kami sekeluarga bersama Mak Su ke Tg. Malim untuk memeriahkan majlis khatam Abang Udin dan beberapa orang lagi keluarga sebelah Mak Ngah selepas solat Maghrib. Pak Andak Jijoi daripada Teluk Intan juga turut serta. Selepas majlis kami terus balik ke Teluk Intan.

Tahniah Abang Udin....

Care to comment?


Friday, 9-May-2008 03:43 Email | Share | | Bookmark
MyLivina Club TT

 
 
 
View all 9 photos...
This is my first time attending this kind of gathering. Saja nak kenal others Grand Livina Owner and share their experience. Best jugak ada club macam ni. This gathering was held at TESCO Extra Selayang ada 6 GL owners yg datang. Umi pun ikut pergi shopping barang dapur kat situ.

Care to comment?


Tuesday, 8-Apr-2008 03:06 Email | Share | | Bookmark
Ahmad Irsyad Syahmi @ 3 months

 
 
 
View all 8 photos...
Next week 19 April genap 3 bulan Ahmad Irsyad Syahmi. Alhamdulillah Irsyad tak banyak meragam melainkan kuat jugak minum susu. Lelaki lah katakan. Kakaknya Irdina pun dah macam boleh terima kehadiran her new little brother compared to memula dulu yg seakan agak jealous.





Care to comment?


Friday, 4-Apr-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Collage Anak-anak. Belajar Picasa

 
 



hye..... salam p'kenalan...nice pic n cute kids... Fri 4-Apr-2008 11:04
Posted by:jue  - [Link]
Add comment


Sunday, 30-Mar-2008 02:45 Email | Share | | Bookmark
KLIA - Pakcik and Family balik ke Sydney

 
 
 
View all 9 photos...
Kami sekeluarga balik ke kampung fetch Atok and Opah. Ahad petang kami terus ke KL and KLIA. Pak Su and famili pun ada. Famili Makcik pun ada. Pakcik balik ke Sydney with Jetstar Airways after sebulan tertangguh sebab kesihatan Faris. Kami doakan semoga Faris sentiasa sihat.



Care to comment?


Sunday, 16-Mar-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
Ahmad Irsyad Syahmi 1st bergunting

Abang Irfan seperti biasa menjadi pemerhati setia
 
termenung jauh Irsyad ni.....
View all 8 photos...
Dah beberapa kali postpone, kali ni baru menjadi kenyataan untuk bawak Irsyad pergi gunting rambut.

Care to comment?


Sunday, 9-Mar-2008 03:55 Email | Share | | Bookmark
Vacation at Tiara Beach Resort, PD

Irdina dalam kolam
dengan abang irfan
uiihhh!! seronok sangat
View all 19 photos...
Cuti sekolah menjelma lagi. Selepas terkejut with the PRU 12 results, kami keluar rumah menuju PD at about 9.15 am. Singgah at Nilai 3 for shopping and Kak Murni bought some presents for her family at Indonesia. Dia nak balik bercuti in June. We arrived PD at 2 pm. This is our first time here at TBR. They have a large water park which is really good for kids. At night they have a free show for visitors. Acrobatic, nyanyian, special show and movies. Sebelah petang they also organise games for kids.

I think the kids enjoyed their stay here and Ayah pun rasa best jugak tempat ni. For sure we will come again in future. RM320 for a 2 rooms apartment is OK, the food (breakfast pun OK. The apartment tak lah look cosy sangat but acceptable.






Rajin akak jenjalan bawa anak2 erk..
.jom layan entry terbaru zai.....
Tue 11-Mar-2008 08:08
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
aaahhhh...satu xtvt yang sihat.meluangkan masa bersama anak-anak diwaktu cuti sekolah....harus diteladani. Tue 11-Mar-2008 10:36
Posted by:ijulabi  - [Link]
UNTUK KOLEKSI PAKAIAN,BEG,KERONSANG DAN TUDUNG TERKINI.LAWATILAH http://tropika.r8.org Tue 11-Mar-2008 11:08
Posted by:unnamed  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.