Want your
own Fotopage?






 
Faisal's FotoPage

By: faisal basir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Jan-2009 08:00 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan Ziarah

shopping time
 
perjalanan balik
View all 5 photos...
Hari ke 12-13

Berehat dan shopping apa yang patut. Kami pulang ke Malaysia melalui Madinah dan one stop di Riyadh. Sampai di Malaysia pada hari Jumaat 30 Januari jam 1.00 tengahari.

Kami terus pulang ke Teluk Intan selepas singgah sekejap di Sentul. Walaupun kepenatan, tetapi mengenangkan Irsyad yang dah ditinggalkan 2 minggu ditinggalkan...ayah gagahkan juga!!!! 2 hari lepas tu baru Irsyad kembali nenen macam biasa...merajuk kot!!!!

Care to comment?


Monday, 26-Jan-2009 06:59 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan Ziarah

 
 
 
View all 18 photos...
Hari Ke 10 dan 11 - Madain Salleh



Perjalanan dari Madinah ke Bandar Al-Ula adalah kira-kira 5 jam dengan bas. Sampai di Hotel Madain Saleh, kami makan tengahari dan terus ke kawasan Madain Saleh. Ini adalah kawasan kota lama. ada yang mengatakan ia adalah kawasan peninggalan kaun Thamud di zaman Nabi Allah Salleh dan juga ada yang mengatakan kawasan peninggalan Kerajaan Nabatean dan Kerajaan Petra.

Apa yang pasti, ayah rasa macam tengok filem Indiana Jones pulak. Yang paling best adalah melihat peninggalan jalan keretapi "Hijjaz Railway Station 21" yang dibina sejak zaman Uthmaniah (1900) dan kini tidak digunakan lagi. Dari Syria (Damascus) sampai ke Al-Ula dan terus ke Madinah untuk keperluan pengangkutan jemaah Haji termasuk dari Palestin.

Pagi keesokannya kami melawat muzium Madain Saleh dan terus pulang semula ke Madinah.

Care to comment?


Sunday, 25-Jan-2009 06:47 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan Ziarah

Masjid Quba'
 
Jualan Kurma di ladang kurma
View all 6 photos...
Hari ke 9 - Ziarah Madinah

Antara tempat yang kami ziarah adalah Masjid Qiblatain, Masjid Quba', Ladang Kurma/Tamar dan Pasar Kurma.

Care to comment?


Saturday, 24-Jan-2009 06:39 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan Ziarah

depan Hotel Al Azhar - Jeddah
 
 
View all 4 photos...
Hari Ke 8 - Jeddah dan Madinah

Seawal pagi kami di bawa sekitar Jeddah. Pergi ke Laut Merah dan Masjid Terapung. Kami selepas itu meneruskan perjalanan ke Madinah, terus ke Hotel Anwar Movenpick.

Care to comment?


Wednesday, 21-Jan-2009 05:34 Email | Share | | Bookmark
Mengunjung Baitullah - Mekah

 
 
 
View all 10 photos...
Hari ke 5 - 7

Masih ada lagi lawatan luar. Antara yang kami pergi adalah Arafah, Mina, Jabal Nur, Jabal Rahmah dan Jabal Tsur.

Pada hari Jumaat, orang semakin ramai di Mekah mungkin kerana cuti hujung minggu. Di Kaabah orang yang tawaf juga ramai dan kami melakukan tawaf wida' selepas solat Asar. Selepas itu kami ke Jeddah di bermalam di Hotel Al-Azhar, Jeddah. Masa ini kamera Casio ayah dah rosak dan terpaksalah beli kamera baru Sony...sedih betoilah!!

Care to comment?


Tuesday, 20-Jan-2009 05:13 Email | Share | | Bookmark
Mengunjung Baitullah - Mekah

 
 
 
View all 12 photos...
Hari Keempat - Ziarah Mekah

Tempat yang paling best adalah melawat Muzium Haramain. Muzium untuk Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi. Kami pula selepas itu ke kilang membuat Kelambu Kaabah tetapi malangnya kebenaran tidak dapat diberikan untuk melawat.

Tempat-tempat lain adalah ladang unta dan ke Miqat Hudaibiyyah.

Care to comment?


Monday, 19-Jan-2009 04:51 Email | Share | | Bookmark
Mengunjung Baitullah - Mekah

di masjid Abdullah Ibnu Abbas
antara hasil tulisannya
 
View all 6 photos...
Hari Ketiga - Ziarah ke Taif.


Taif ini adalah sebuah bandar tanah tinggi. Tempat ini hanya popular di hujung minggu dan musim panas sahaja kerana tempat ini agak sejuk. Perjalanan dengan bas mengambil masa kira-kira 4 jam.

Bandar ini kosong dgn jalan yang luas sebab tak ada orang dan bukan hujung minggu.

Care to comment?


Sunday, 18-Jan-2009 04:14 Email | Share | | Bookmark
Mengunjung Baitullah - Mekah

 
 
 
View all 4 photos...
Hari kedua adalah acara bebas. Pagi tu kami juga menunaikan Umrah sekali lagi dengan menaiki van ke Miqat di Tan'im.

Dimasjid, orang memang tidak ramai lagi menunaikan Umrah pada waktu ini. Selepas tawaf kami mengambil kesempatan mengucup Hajarul Aswad. Ayah bila datang Umrah pada bulan puasa 10 tahun dulu tidak langsung berpeluang kerana terlalu sesak. Kali ini beratur 10 minit sahaja dah sampai giliran...syukur alhamdulillah. Irfan dan Irdina juga dapat merasa mencium batu hitam dari syurga ini.

Kali ini, irfan dah tak mampu lagi nak buat sa'ie. So ayah sewa kerusi roda dan tolak Irfan dgn harga SR30. Umi juga bersama Irdina dan ditolak oleh tuan punya kerusi roda dgn harga SR50.

Syukur betul berpeluang pergi diwaktu ini kerana orang memang tidak ramai.


Care to comment?


Saturday, 17-Jan-2009 04:01 Email | Share | | Bookmark
Mengunjung Baitullah - Mekah

di kawasan Airport Jeddah
Airport Jeddah
Dengan izin Allah, kami diberikan peluan ke Tanah Suci. Sembilan orang semuanya. Keluarga Pak Ngah dan Atok Khairi dan Opah Timah. Irsyad terpaksa ditinggalkan dikampung kerana terlalu kecil lagi.

Penerbangan ke Jeddah menerusi Saudi Airlines selama 7 jam terus ke Hotel Firdous Palace tak jauh dari Masjidil Haram. Tabung Haji Travel adalah agen kami dgn jumlah rombongan seramai 75 orang.

Kami tiba di Mekah selepas Maghrib dan selepas solat Isyak kami terus menunaikan Umrah.

Care to comment?


Friday, 16-Jan-2009 02:13 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Ahmad Irsyad..in advance??

 
 
 
View all 6 photos...


Actually birthday Irsyad is on 19/1. Ulang tahun pertama...tapi memandangkan esok kami akan berangkat ke tanah suci dan akan tinggalkan Irsyad bersama Opah Mun dan Atuk Basir selama 2 minggu, kami sambut 3 hari lebih awal.

Kesempatan ini juga kami sambut sekali harijadi Opah Mun yang ke 69. Selamat Hari Jadi Opah.

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.